inspirasi-qaseh

Kempen Inspirasi Qaseh Ramadhan

RM67,606 of RM100,000 raised
RM
Derma Tunai diagihkan melalui Sumbangan Makanan atau tunai
Personal Info

*Apabila membuat pembayaran sumbangan atas talian, transaksi dibuat melalui rakan kolaborasi Ansi Systems Sdn Bhd (ANSI). ANSI adalah berdaftar kepada PayNet yang menyediakan perkhidmatan FPX.
Terms

Donation Total: RM10.00

SUMBANGAN ANDA MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

Potongan di bawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sebanyak RM100,000 diperlukan untuk kempen Inspirasi Qaseh Ramadhan.

IHYA RAMADHAN

SEDEKAH MEMBAWA BARAKAH

Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW : “Apakah amalan TERBAIK dalam Islam?” Baginda bersabda : MEMBERI MAKAN dan memberi salam kepada orang engkau kenal serta orang yang engkau tidakkenali.”

(HR Bukhari dan Muslim)

“Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang PALING BESAR PAHALANYA?”

Rasulullah SAW menjawab: “Sedekah yang kamu berikan semasa kamu dalam keadaan SIHAT, semasa kamu berasa ragu kerana KHUATIR MENJADI MISKIN dan MENGHARAPKAN KEKAYAAN. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru kamu mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa kamu katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu.”

(Riwayat al-Bukhari)

 

TUJUAN PROGRAM IFTAR RAMADHAN DILAKSANAKAN

  1. Memenuhi fardhu kifayah membantu golongan yang memerlukan semasa menjalani ibadah puasa (Iftar)
  2. Menyediakan ruang dan platform yang kondusif kepada penderma-penderma yang budiman untuk
    berinfaq

 

BERAPAKAH ANGGARAN KOS IFTAR RAMADHAN?

Program Iftar Ramadhan akan menyantuni 10,000 penerima bantuan makanan Iftar yang menelan belanja RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu). BANTUAN ANDA AMAT DIPERLUKAN.

 

KENAPA KAMI?

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan dibawah Trustee (Incorporation) Act 1952.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebagai sebuah institusi yang membiayai kewangannya sendiri (selfsustained) dan institusi pembangunan sosioekonomi ummah, maka untuk terus kekal relevan dalam menyantuni masyarakat serta terus mempertingkatkan kesejahteraan ummah dengan tagline #IngatKebajikanIngatYaPEIM terus mempamerkan keprihatinan yang tinggi ke arah memperkukuhkan usaha dan merealisasikan pembangunan dan mensejahterakan ummah dengan pelaksanaan tiga inisiatif utama iaitu Kebajikan, Sosioekonomi dan Keusahawanan di bawah teras pembangunan sosioekonomi dan amal jariah.

KEJAYAAN KEMPEN