myhaus-yapeim-mobileview

Kempen Inspirasi Qaseh MyHAUS

RM27,955 dari RM50,000 telah terkumpul
RM
Personal Info

*Apabila membuat pembayaran sumbangan atas talian, transaksi dibuat melalui rakan kolaborasi Ansi Systems Sdn Bhd (ANSI). ANSI adalah berdaftar kepada PayNet yang menyediakan perkhidmatan FPX.
Terms

Donation Total: RM10.00

SUMBANGAN ANDA MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

Potongan di bawah seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

HARTA ANDA UNTUK SEMUA

MY H.A.U.S MERUPAKAN PROGRAM SOSIAL DENGAN MEMBERI FOKUS KEPADA PEMBINAAN EKOSISTEM SOSIAL BAHARU, PELUANG AGIHAN EKONOMI YANG LEBIH BAIK. SETERUSNYA MEMBERI KESAN SIGNIFIKAN YANG BERMULA DARIPADA SEBUAH KELUARGA YANG BAIK AKAN MEMBENTUK SATU SISTEM MASYARAKAT ASNAF, MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK SERTA MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK MENINGKATKAN TARAF HIDUP.

 

RAYUAN 

BAGI MENDAPATKAN SUMBANGAN DANA UNTUK MEMBINA DAN MEMBAIK PULIH RUMAH GOLONGAN ASNAF SECARA INFAQ

QASEH MYHAUS YaPEIM

RM 50 000.00/KELUARGA

Bandingkan (Pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh, menerbitkan tujuh (7) tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus (100) biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA dan Allah Maha Luas (KurniaNYA) lagi Maha Mengetahui”.

(Surah Al Baqarah Ayat 261)

“Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang PALING BESAR PAHALANYA?”

Rasulullah SAW menjawab: “Sedekah yang kamu berikan semasa kamu dalam keadaan SIHAT, semasa kamu berasa ragu kerana KHUATIR MENJADI MISKIN dan MENGHARAPKAN KEKAYAAN. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru kamu mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa kamu katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu.”

(Riwayat al-Bukhari)

 

PROGRAM QASEH MY H.A.U.S YaPEIM.

Harta Anda Untuk Semua (HAUS) merupakan satu program yang diperkenalkan bagi tujuan menyantuni golongan-golongan yang memerlukan bantuan untuk membina dan baikpulih rumah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan serta kerjasama daripada rakan-rakan strategik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Program ini diperkenalkan bagi menangani permasalahan masyarakat dengan menekankan beberapa teras iaitu Kesempurnaan Tempat Tinggal, Pembangunan Sahsiah Diri,inspirasi Pendidikan Anak-anak,Transformasi Kerjaya, Pemerkasaan Latihan Kemahiran, Kelestarian Hidup dan Apresiasi.

Selain daripada golongan miskin,ibu tunggal dan Yatim Piatu, pemilihan penerima bantuan Program Qaseh MYHAUS mestilah berdaftar dalam Pengkalan Data Kemiskinan (PDK) serta Pengkalan Data Golongan Kurang Bernasib Baik (PDKBB)

 

EKOSISTEM PROGRAM QASEH MYHAUS YaPEIM

Beberapa elemen mandiri kehidupan seperti Pendidikan dan kemahiran diterapkan bagi memastikan setiap daripada penerima bantuan dapat meneruskan kelangsungan hidup untuk masa hadapan.

PERKARA

JUMLAH

TEMPAT TINGGAL

RM 30 000.00

PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI

RM 2 000.00

INSPIRASI PENDIDIKAN ANAK

RM 2 000.00

TRANSFORMASI KERJAYA

RM 2 000.00

PEMERKASAAN LATIHAN KEMAHIRAN

RM 3 000.00

KELESTARIAN KEHIDUPAN

RM 10 000.00

APRESIASI

RM 1 000.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 50 000.00

 

KENAPA KAMI?

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan dibawah Trustee (Incorporation) Act 1952.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebagai sebuah institusi yang membiayai kewangannya sendiri (selfsustained) dan institusi pembangunan sosioekonomi ummah, maka untuk terus kekal relevan dalam menyantuni masyarakat serta terus mempertingkatkan kesejahteraan ummah dengan tagline #IngatKebajikanIngatYaPEIM terus mempamerkan keprihatinan yang tinggi ke arah memperkukuhkan usaha dan merealisasikan pembangunan dan mensejahterakan ummah dengan pelaksanaan tiga inisiatif utama iaitu Kebajikan, Sosioekonomi dan Keusahawanan di bawah teras pembangunan sosioekonomi dan amal jariah.

Program Qaseh MyHAUS YaPEIM merupakan cetusan murni daripada pengurusan YaPEIM untuk menebar dan melebar sumbangan bantuan dengan melalui projek bina serta baik pulih rumah kepada golongan-golongan yang memerlukan, Sehinga kini, Program Qaseh My HAUS YaPEIM telah menyantuni enam belas (16) buah keluarga melalui bantuan bina dan baik pulih rumah di lokasi-lokasi yang terpilih di seluruh negara.

KEJAYAAN KEMPEN

BANTU SEBARKAN KEBAIKAN

Bantuan tidak semestinya menggunakan duit. Kami amat menghargai tuan-puan yang sudi kongsikan kempen derma ini. Semoga pahala anda berpanjangan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Inspirasi QASEH Kami

Merupakan inisiatif YaPEIM dalam memeta dan memperkasakan perlaksanaan program-program Sosio Ekonomi, Kebajikan dan Pendidikan YaPEIM . Perlaksanaan program-program ini diterjemahkan melalui gerak kerja yang professional dengan penglibatan Warga Kerja YaPEIM, Sukarelawan, Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM serta Stakeholder (Pemegang taruh) YaPEIM. Kedinamikan Inspirasi QASEH Kami dicetuskan bagi memenuhi keperluan dan mengangkat aspirasi Ummah, selari dengan arus pemodenan dunia sejagat.

©2021 Inspirasi Qaseh Kami. Dimiliki sepenuhnya oleh YaPEIM.