SENARAI KEMPEN

Nota Privasi

Notis Privasi ini menyatakan bagaimana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (“YaPEIM“) akan mengendalikan data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) dan undang-undang Malaysia.

 

Jenis Data Peribadi Yang Kami Kumpulkan Serta Bagaimana Kami Mengumpulnya

Untuk membolehkan kami menyediakan anda dengan perkhidmatan kami, kami mungkin perlu dan/atau dikehendaki untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu “proses”) data peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, alamat emel, pekerjaan, butir-butir hubungan, dan apa jua maklumat yang perlu mengenai anda dan transaksi-transaksi anda dengan kami.

Kami mungkin mendapatkan data ini daripada anda dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. melalui hubungan anda dengan kami, contohnya maklumat yang diisi oleh anda dalam platform digital Qaseh Kami YaPEIM;
  2. melalui komunikasi lisan dan bertulis anda dengan kami;
  3. daripada apa-apa sumber-sumber lain yang berkenaan dengannya di mana anda telah memberi kebenaran untuk mendedahkan maklumat berkaitan dengan anda dan/atau di mana ia tidak sebaliknya dihadkan.

 

Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda

Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan yang berikut:

  1. Untuk memasti dan mengesahkan identiti anda;
  2. Untuk menilai dan memproses permohonan/pertanyaan anda bagi perkhidmatan kami dan atau di bawah mana-mana kempen/program yapeim;
  3. Untuk menguruskan hubungan anda dengan kami dengan lebih baik;
  4. Untuk menyediakan anda dengan maklumat mengenai produk-produk, perkhidmatan dan program yapeim yang mungkin menarik minat anda;
  5. Untuk menjalankan penyelidikan ke atas produk dan perkhidmatan baru untuk anda serta untuk memperbaiki perkhidmatan kami;
  6. Untuk memberitahu anda tentang manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri perkhidmatan kami;
  7. Untuk membalas pertanyaan dan aduan anda dan secara amnya untuk menyelesaikan pertikaian;
  8. Untuk menjalankan penyelidikan bagi tujuan analisis dan/atau perangkaan;
  9. Untuk memindahkan hak dan kewajipan kami di bawah perjanjian ini;
  10. Untuk menjalankan pemeriksaan pencegahan pengubahan wang (‘money-laundering’); 
  11. Untuk pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
  12. Untuk sebarang tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan; dan/atau
  13. Untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yapeim dan menghantar sebarang pengiklanan dan/atau bahan-bahan promosi kepada anda.


Kami akan meminta kebenaran anda sebelum menggunakan data peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan dalam terma-terma privasi dalam perjanjian anda dengan kami (sekiranya ada).

 

Pendedahan Data Peribadi Anda

Sebagai sebahagian daripada menyediakan anda dengan perkhidmatan kami dan pengurusan dan/atau operasinya, kami mungkin dikehendaki atau perlu mendedahkan maklumat mengenai anda dan/atau akaun/kemudahan anda dengan kami kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut:

  1. Syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen-ejen kami dan/atau penasihat profesional kami;
  2. Syarikat dan/atau organisasi yang memberi perkhidmatan kepada kami dan membantu kami dalam pemprosesan dan/atau sebaliknya memenuhi polisi YaPEIM;
  3. Syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan Platfom Digital Qaseh Kami YaPEIM;
  4. Mana-mana pemegang taruh yapeim atau pengurusan yapeim atau yang dicadangkan oleh pengurusan YaPEIM dan mana-mana pihak lain yang mempunyai kewajipan kerahsiaan kepada YaPEIM untuk menggunakan, mendedahkan, memegang, memproses, menyimpan atau memindahkan data peribadi anda; dan/atau
  5. Mana-mana pihak berkuasa dan/atau pengawal selia yang berwibawa, tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang, (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang berkenaan dengan YaPEIM


Kami akan mengendalikan maklumat peribadi anda sebagai sulit dan peribadi dan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak luar kecuali:

  1. Di mana anda telah memberi kebenaran;
  2. Di mana kami diwajibkan atau dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang;
  3. Di mana ianya dikehendaki atau diberi kuasa oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas YaPEIM;
  4. Di mana kami diwajibkan untuk memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

 

Membuat Pilihan Berhubungan Dengan Pendedahan Dan Penggunaan Maklumat Peribadi Anda untuk Tujuan Pemasaran

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan anda maklumat mengenai acara, program latihan dan/atau perkhidmatan kami dan pihak ketiga, yang mungkin menarik minat atau memberi manfaat kepada anda, kecuali jika selainnya diminta oleh anda.

Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada rakan kongsi strategik kami. Walau bagaimanapun, sila maklum bahawa kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada Intitusi Milikik Penuh (IMP)/ Intitusi Bawah Kawalan (IBK) dan Rakan Profesional Strategik kami di mana kebenaran terdahulu anda telah diperolehi dan tertakluk pada setiap masa kepada apa-apa undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada YaPEIM. Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa hubungan kami dengan rakan kongsi strategik kami mengandungi kewajipan kerahsiaan dan privasi yang bersesuaian.

Jika anda tidak mahu maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran atau jika anda berubah fikiran anda berhubung dengan keputusan yang anda buat sebelum ini, sila hubungi kami di alamat yang dibutirkan di akhir Notis Privasi ini. Arahan terkini bertulis anda kepada kami akan diguna pakai.

 

Pindaan Kepada Notis Privasi

Notis Privasi ini boleh dipinda dari semasa ke semasa. Notis mana-mana pindaan tersebut akan disiarkan di laman web YaPEIM dan/atau melalui apa-apa cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh YaPEIM.

 

Pertanyaan / Aduan / Komunikasi

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini, sila hubungi kami pada waktu pejabat (antara [8:00 pagi hingga 5:00 petang] – Isnin hingga Jumaat) melalui maklumat yang berikut:

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
No 46E-1, Mentari Business Park
Jalan PJS 8/2, Dataran Mentari
46159 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

 

No Tel :+60356149600
Fax : +60356149601
Email : info@yapeim.my