SUMBANGAN ANDA MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

Potongan di bawah seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

INSPIRASI QASEH FRONTLINER YaPEIM

Inspirasi Qaseh Frontliner YaPEIM merupakan satu inisiatif pelengkap kepada Program Qaseh Kami YaPEIM bagi memenuhi tanggungjawab sosial membantu Petugas-Petugas Barisan Hadapan (Frontliner) dalam memerangi pendemik Covid 19 yang semakin membarah dalam negara Malaysia.

Hakikatnya tugas yang mencabar dan menakutkan sememangnya menanti ‘Barisan Hadapan’ khususnya doktor, jururawat, kakitangan perubatan, anggota PDRM, ATM dan badan-badan beruniform yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit itu, yang dikatogerikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jika berlaku sedikit kesilapan dan kelalaian ketika melaksanakan tugasan, bermakna bahana besar bakal menanti mereka. Natijahnya, sistem kesihatan negara berisiko besar untuk lumpuh. 

Justeru, bagi memenuhi keperluan sosial, YaPEIM melancarkan Inspirasi Qaseh Frontliner YaPEIM Digital Crowdfunding bagi mengumpul dana untuk menzahirkan apresiasi kepada Petugas-petugas barisan hadapan (Frontliner) melalui pengagihan keperluan berupa makanan makanan kering (Dry Food) dan Basah (Ready to Eat) kepada mereka.

 

RAYUAN 

INFAQ QASEH FRONTLINER YaPEIM

RM 30 000.00

KAMI MEMERLUKAN 3 000 PENDERMA BAGI MENAJA KEPERLUAN FRONTLINER YANG SEDANG BERKORBAN JIWA RAGA MEMERANGI PENDEMIK COVID 19.

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Syeikh al-Maraghi berkata: “Jika kamu mengeluarkan derma secara terbuka, maka cara seperti itu adalah lebih baik kerana ia akan menjadi teladan yang baik kepada orang lain, sehingga ada antara mereka yang akan menirunya. Di samping itu, zakat menjadi salah satu sendi ajaran Islam yang andaikata jika dia lakukan dengan sembunyi-sembunyi, maka orang yang enggan mengeluarkannya akan berasa bimbang untuk melakukannya. Tetapi jika kamu memberi kepada orang fakir secara diam-diam, maka itulah yang terbaik kerana ia dapat menjauhkan diri dari sifat riyak, bahkan sejajar dengan keterangan dalam hadith-hadith dan contoh-contoh perbuatan sahabat.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/620)

 

INSPIRASI QASEH FRONTLINER YaPEIM

Inspirasi Qaseh Frontliner YaPEIM merupakan program pelengkap kepada Pakej Bantuan Musaadah/FoodBank YaPEIM 1.0 dan 2.0 yang berlangsung di seluruh negara. Bagi menjayakan program tersebut, YaPEIM telah melunaskan bantuan bernilai sejumlah Ringgit Malaysia dari Tabung Amanah YaPEIM dan menyantuni segenap lapisan masyarakat daripada pelbagai sektor di seluruh negara.

Infografik : Perkembangan Program Musaadah/Foodbank YaPEIM

YaPEIM melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) dan pasarana peruncitan Koperasi Khairat YaPEIM serta YaPEIM Mart’s, telah melaksanakan misi ini secara berperingkat dengan mengenal pasti penerima, dan menyelaras kaedah saluran sumbangan barangan asas dan wang tunai.

 

KENAPA KAMI?

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan dibawah Trustee (Incorporation) Act 1952.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebagai sebuah institusi yang membiayai kewangannya sendiri (selfsustained) dan institusi pembangunan sosioekonomi ummah, maka untuk terus kekal relevan dalam menyantuni masyarakat serta terus mempertingkatkan kesejahteraan ummah dengan tagline #IngatKebajikanIngatYaPEIM terus mempamerkan keprihatinan yang tinggi ke arah memperkukuhkan usaha dan merealisasikan pembangunan dan mensejahterakan ummah dengan pelaksanaan tiga inisiatif utama iaitu Kebajikan, Sosioekonomi dan Keusahawanan di bawah teras pembangunan sosioekonomi dan amal jariah.

 

Inspirasi QASEH Kami YaPEIM

Merupakan inisiatif YaPEIM dalam memeta dan memperkasakan perlaksanaan program-program Sosio Ekonomi, Kebajikan dan Pendidikan YaPEIM. Perlaksanaan program-program ini diterjemahkan melalui gerak kerja yang professional dengan penglibatan Warga Kerja YaPEIM, Sukarelawan, Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM serta Stakeholder (Pemegang taruh) YaPEIM. Kedinamikan Inspirasi QASEH Kami dicetuskan bagi memenuhi keperluan dan mengangkat aspirasi Ummah, selari dengan arus pemodenan dunia sejagat.

KEJAYAAN KEMPEN