Kempen Inspirasi Qaseh Food Bank YaPEIM

RM15,575 of RM100,000 raised
RM
Personal Info

*Apabila membuat pembayaran sumbangan atas talian, transaksi dibuat melalui rakan kolaborasi Ansi Systems Sdn Bhd (ANSI). ANSI adalah berdaftar kepada PayNet yang menyediakan perkhidmatan FPX.
Terms

Donation Total: RM10.00

SUMBANGAN ANDA MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

Potongan di bawah seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

INSPIRASI QASEH FOOD BANK YaPEIM

Inspirasi Qaseh Food Bank YaPEIM merupakan satu inisiatif YaPEIM dalam membantu mensejahterakan sosioekonomi ummah. Pelaksanaan Inspirasi Qaseh Food Bank YaPEIM ini adalah melalui pengagihan bantuan sumbangan barangan dan makanan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah berpendapatan rendah atau golongan B40 dan terjejas akibat Pandemik Cocid-19. 

Bermula pada tahun 2019 sehingga Mac 2021, YaPEIM telah menyantuni seramai 907,185 penerima manfaat Program Inspirasi Qaseh Food Bank YaPEIM dengan nilai keseluruhan perbelanjaan adalah RM 17.35 juta di seluruh negara.

RAYUAN 

Sumbangan dana Tabung Makanan

INFAQ QASEH FOOD BANK YaPEIM

RM 100 000.00

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

INSPIRASI QASEH FOOD BANK YaPEIM

Program Food Bank YaPEIM adalah bantuan sumbangan barangan dan makanan diberikan kepada keluarga yang mempunyai punca pendapatan atau sumber kewangan kepada isi rumah berpendapatan rendah atau golongan B40.

Kemiskinan merujuk kepada ketidaksejahteraan, ketertinggalan, dan kemunduran sesuatu masyarakat.Komponen ekonomi sering menjadi ukuran penting tahap kemiskinan iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan kekurangan pendapatan kasar bulanan untuk membeli keperluan minimum isi rumah yang meliputi keperluan makanan,pakaian, tempat kediaman, dan keperluan asas lain. Kemiskinan relatif pula merujuk kepada ketidaksamarataan pendapatan antara kumpulan yang diukur berdasarkan nisbah perbezaan pendapatan antara kumpulan pendapatan, kumpulan etnik, isi rumah bandar dan luar bandar, dan peratus isi rumah dengan pendapatan (Chamhuri, 2003)

Justeru, bermula pada tahun 2019 YaPEIM telah merintis program Food Bank dengan menyantuni pelbagai lapirsan masyarakat melalui sumbangan Food Bank kepada keluarga miskin, golongan terkesan langsung dengan pendemik Covid 19 dan Petugas-petugas Barisan Hadapan (Frontliner) melalui libat urus warganya dan masyarakat Malaysia yang prihatin.

PERKEMBANGAN PROGRAM FOOD BANK YaPEIM

Pengagihan sumbangan Food Bank seluruh negara

KENAPA KAMI?

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan dibawah Trustee (Incorporation) Act 1952.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebagai sebuah institusi yang membiayai kewangannya sendiri (selfsustained) dan institusi pembangunan sosioekonomi ummah, maka untuk terus kekal relevan dalam menyantuni masyarakat serta terus mempertingkatkan kesejahteraan ummah dengan tagline #IngatKebajikanIngatYaPEIM terus mempamerkan keprihatinan yang tinggi ke arah memperkukuhkan usaha dan merealisasikan pembangunan dan mensejahterakan ummah dengan pelaksanaan tiga inisiatif utama iaitu Kebajikan, Sosioekonomi dan Keusahawanan di bawah teras pembangunan sosioekonomi dan amal jariah.

Inspirasi QASEH Kami YaPEIM

Merupakan inisiatif YaPEIM dalam memeta dan memperkasakan perlaksanaan program-program Sosio Ekonomi, Kebajikan dan Pendidikan YaPEIM. Perlaksanaan program-program ini diterjemahkan melalui gerak kerja yang professional dengan penglibatan Warga Kerja YaPEIM, Sukarelawan, Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM serta Stakeholder (Pemegang taruh) YaPEIM. Kedinamikan Inspirasi QASEH Kami dicetuskan bagi memenuhi keperluan dan mengangkat aspirasi Ummah, selari dengan arus pemodenan dunia sejagat

KEJAYAAN KEMPEN